Azmin Ali calon TPM, skandal video selesai?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Azmin Ali calon TPM, skandal video selesai?

Tuntutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahukan jawatan TPM sebenarnya isu yang remeh. Azmin Ali yang dikatakan calon tunggal untuk menjadi TPM, perlu akur, beliau perlu membersihkan imejnya dari satu skandal video.

Walaupun pihak berkuasa mengesahkan tidak dapat mengenalpasti imej tersebut kerana kabur, pengakuan seorang individu masih berlegar di saluran youtube.

Azmin Ali calon TPM, skandal video selesai?
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

 

Bagaimana Azmin mahu menjelaskan kedudukan sebenar skandal video tersebut kepada umum sekiranya dilantik sebagai TPM?

Individu yang mengaku terlibat dengan skandal video juga tidak menafikan skandal video tersebut. Ini sesuatu yang memalukan kepada negara sekiranya isu tersebut menjadi perhatian pemimpin negara lain.

Untuk PPBM menamakan Azmin sebagai calon tunggal TPM adalah sesuatu yang tidak bijak kerana mereka masih mempunyai pemimpin yang jauh lebih bersih.

Azmin Ali calon TPM, skandal video selesai?

Selain skandal video, mandat PRU14 juga menjelang penghujungnya dan agak tidak relevan untuk melantik seorang TPM di hujung mandat Pilihanraya Umum.

Cuma sekarang, rakyat ternanti tarikh pembubaran Parlimen bagi mencari mandat baru yang lebih menyakinkan.

Selaku Menteri Kanan, kedudukan Azmin dalam kabinet adalah terjamin dan tiada keperluan untuk jawatan TPM diwujudkan.

4 orang Menteri Kanan untuk membantu Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, sudah memadai memandangkan faktor ekonomi yang tidak memberangsangkan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker