12 penumpang pesawat mendarat cemas di Sepanyol diburu

12 penumpang pesawat mendarat cemas di Sepanyol diburu
Lapangan Terbang Palma de Mallorca di Pulau Majorca, Sepanyol. Polis Mallorca menahan 12 penumpang dan memburu 12 lagi yang melarikan diri dari pesawat yang melakukan pendaratan cemas, yang dikaitkan dengan pendatang haram. – Foto EPA

12 penumpang pesawat mendarat cemas di Sepanyol diburu

MADRID: Polis Mallorca menahan 12 penumpang dan memburu 12 lagi yang melarikan diri dari pesawat yang melakukan pendaratan cemas, yang dikaitkan dengan pendatang haram.

Dalam insiden yang tidak pernah berlaku itu, pesawat Air Arabia Maroc Airbus A320 yang sedang dalam perjalanan antara Casablanca dan Istanbul terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Palma de Mallorca, antara lapangan terbang paling sibuk di Sepanyol berikutan seorang penumpang dilihat dalam keadaan sakit.

Wakil Kerajaan Sepanyol di Kepulauan Balearic, Aina Calvo, pada sidang media berkata, 12 penumpang sudah ditahan dan 12 lagi masih belum ditemui.

“Kejadian sedemikian tidak pernah berlaku di mana-mana lapangan terbang di Sepanyol, sebelum ini,” katanya.

“Dia bagaimanapun ditahan kerana disyaki menggalakkan pendatang haram dan melanggar undang-undang imigresen Sepanyol, selain rakan suspek sudah melarikan diri,” katanya.

Calvo berkata, ketika pemindahan itu, 21 lagi penumpang keluar dari pesawat dan berlari ke landasan, menyebabkan pemeriksaan besar-besaran polis yang memaksa penutupan lapangan terbang hingga hampir tengah malam.

Katanya, seorang lagi ditahan kerana ‘menghina’ di dalam pesawat, menjadikan keseluruhan terbabit dalam insiden itu seramai 24 orang, kebanyakannya warga Maghribi kecuali seorang dipercayai warga Palestin.

Beliau berkata, penyiasat sedang meneliti sama ada kejadian di lapangan terbang itu dirancang atau ia dianggap kes terpencil.

“Ketika ini kitai tidak mempunyai sebarang maklumat untuk mengesahkan ia dirancang atau sebahagian daripada rancangan ditetapkan, tetapi siasatan masih dijalankan,” katanya. – AFP

12 penumpang pesawat mendarat cemas di Sepanyol diburu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker