Kotak misteri di luar pantai Australia



DARWIN: Satu bekas keluli misteri besar ditemui terapung di luar utara pantai Australia oleh sekumpulan nelayan baru-baru ini.

Bekas keluli itu ditemui di Teluk Carpentaria dan nelayan terbabit berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap objek itu.

Ada yang berpendapat terlalu berbahaya untuk meninggalkan bekas keluli terbabit begitu sahaja kerana ia kemungkinan akan dilanggar oleh kapal lain.

“Jika anda tidak memberi perhatian pada waktu malam, kemungkinan besar ia tidak dapat dilihat melalui radar atau dilihat oleh seseorang,” kata seorang nelayan dikenali sebagai Tiger Davey kepada stesen penyiaran ABC.



Seorang daripada nelayan terbabit kemudian terjun ke dalam laut untuk memeriksa objek itu tetapi gagal membukanya.

Davey berkata, bekas keluli itu kemungkinan tempat penyimpanan barang dan ia kemungkinan terjatuh ke dalam laut.

Anak-anak kapal nelayan itu tidak dapat menunda objek itu kembali ke pantai.

Ini menyebabkan mereka mengikatkan boya penanda padanya supaya ia boleh dilihat oleh kapal-kapal lain.



Davey berkata, objek itu mungkin datang dari kapal lain kerana Teluk Carpenteria adalah laluan perkapalan utama.

Dalam pada itu, pihak Keselamatan Maritim telah mengeluarkan amaran keselamatan mengenai objek berkenaan selepas ia dikesan di teluk tersebut.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker