‘Anak bagi tahu suami pengasuh cium pipi’

Oleh – Syeikh Baran


‘Anak bagi tahu suami pengasuh cium pipi’
Gambar Hiasan

Suami kepada pengasuh ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap anak asuhan isterinya iaitu kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah kediaman Jalan Pandan Indah 21, Pandan Indah, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, ibu kanak-kanak itu, 38, tampil membuat laporan pada pukul 8.30 pagi, 29 Februari lalu.

Menurut ibunya, perkara itu terbongkar setelah dia bertanya anak sulungnya (mangsa) mengenai kejadian di rumah pengasuh.



“Anak perempuan kedua pengadu (saksi) berusia empat tahun telah memberitahu bahawa suspek ada mencium pipi, menarik tangan kakaknya dan melakukan perbuatan tidak senonoh.

“Ibu mangsa telah menerima mesej dari pengasuh memberitahu suspek tidak melakukan perkara tersebut dan minta pengadu untuk merahsiakannya kerana pengasuh mempunyai anak asuhan yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, pihaknya menahan suspek tempatan berusia 55 tahun di kediamannya pada pukul 11.50 malam, Isnin lalu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan dapati suspek negatif dadah dan semakan medapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau.



“Suspek direman bermula 5 Mac hingga 11 Mac ini bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada seseorang yang menyentuh atau perbuatan fizikal ke atas mana-mana bahagian seorang kanak-kanak dengan niat secara seksual.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker