Polis temui mayat lelaki ada kesan kelar di leher

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

IPOH: Polis menemui mayat seorang lelaki dengan kesan kelar pada lehernya dan sebilah pisau pemotong daging, di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan penemuan mayat mangsa berusia 58 tahun itu pada kira-kira jam 9.46 pagi sebelum ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Hasil kecederaan pada tubuh mangsa terdapat kesan kelar pada leher sepanjang 16 sentimeter.

“Kesan kelar dipercayai menggunakan pisau pemotong daging yang dijumpai di sebelah si mati,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



Mohamad Nordin berkata, tiada kesan jenayah lain pada tubuh badan mangsa, manakala telefon bimbit dan pengenalan diri masih berada bersamanya.

Beliau berkata, doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan pada lehernya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bagaimanapun bedah siasat akan dijalankan bagi mendapatkan punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa mempunyai perniagaan kilang, pemborong dan pembekal ikan ke pasar sejak 10 tahun lalu.



“Kali terakhir mangsa berhubung dengan isteri dan memberitahu untuk mengambil semua wang dalam bank untuk kegunaan isteri serta anak-anak dan memberi isyarat ‘bye’ seolah-olah mahu meninggalkan mereka,” katanya

Mohamad Nordin berkata, siasatan juga mendapati mangsa mengalami kemurungan kerana perniagaan mempunyai masalah kewangan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker