‘Tangguh bayaran hingga kapal LCS siap ikut jadual’

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-M) meminta kerajaan tidak membuat bayaran lanjut bagi projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) sehingga penghantaran kapal yang memenuhi spesifikasi kontrak dibuat dan setimpal dengan jumlah RM6.083 bilion yang dibayar sehingga kini.

Ia adalah antara cadangan dikemukakan TI-M, yang disaran dilaksanakan segera oleh kerajaan, susulan laporan punca kepincangan projek LCS oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Khamis lalu.

TI-M mempersoalkan bagaimana projek LCS yang bermula pada 2013 boleh dibiarkan sehingga berdepan kegagalan perolehan dan tadbir urus yang besar untuk sekian lama, selain aspek pengawasan, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti.

Badan itu menggesa kerajaan menyiasat kontraktor dan subkontraktor LCS di semua peringkat bagi memastikan tiada pemalsuan syarikat (dummy companies) yang mendorong kepada penggelapan kontrak dengan nilai yang besar itu.



“Prosedur operasi standard (SOP) perlu diadakan untuk audit pertengahan yang akan dijalankan bagi semua projek sektor awam membabitkan berbilion ringgit.

“Langkah ini akan membantu mengesan sebarang isu dan menanganinya sebelum ia menjadi risiko yang membawa kepada kelewatan serta kemungkinan melampaui bajet yang ditetapkan.

“Selain itu, kerajaan perlu memastikan semua projek bernilai dan berimpak tinggi, yang membabitkan wang pembayar cukai disemak oleh Parlimen sebelum ia diluluskan serta memastikan proses tender yang kompetitif diguna pakai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, selepas dua tahun tahun disiasat dan sembilan prosiding, PAC mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS.



Rumusan berkenaan termasuk kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Selain itu, kajian daya maju oleh kerajaan terhadap BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pendahuluan RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

TI-M juga menggesa tindakan tegas diambil jika didapati mana-mana penjawat awam cuai dalam melaksanakan tugas fidusiari berkaitan projek, terutama tugas berkaitan pengawasan dan pelaporan.

“Prosiding jenayah perlu dimulakan terhadap sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan di bawah pelbagai undang-undang di Malaysia, terutama suapan, rasuah dan salah guna jawatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

TI-M berkata, sebarang kegagalan atau kelewatan bertindak oleh kerajaan didakwa akan menunjukkan sikap tidak ikhlas terhadap komitmennya untuk melaksanakan reformasi institusi dan perjuangan membasmi rasuah.

“Malangnya, Malaysia kini semakin dikenali dengan amalan tadbir urus buruk yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam, daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada projek LCS ini.

“Tindakan sudah dan terus akan diambil ke atas isu 1MDB. Berapa lama lagikah kita perlu menunggu untuk melihat pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan kerana satu lagi

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker