Liverpool mungkin lepaskan Firmino, Keita

LONDON: Liverpool dikatakan sedang memikirkan untuk menawarkan Roberto Firmino atau Naby Keita kepada Inter Milan dalam usaha mendapatkan Marcelo Brozovic, menurut satu laporan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini kekurangan pemain tengah selepas Thiago Alcantara menjadi pemain terbaharu mengalami kecederaan ketika seri 2-2 menentang Fulham.

Alex Oxlade-Chamberlain mengalami kecederaan hamstring pada pramusim manakala Curtis Jones terlepas kunjungan ke Craven Cottage kerana masalah betis.

Menurut laporan akhbar Itali, Calcio Mercato, Liverpool mahu membawa masuk Brozovic bagi menyelesaikan masalah di bahagian tengah walaupun Inter dikatakan tidak mahu menjual pemain itu.



Laporan berkenaan juga mendakwa bahawa Reds juga memikirkan untuk menawarkan Firmino atau Keita kepada kelab Serie A itu dan Brozovic ke Liverpool.

Brozovic memainkan peranan penting dalam kejayaan Inter selepas menyertai kelab itu dari Dinamo Zagreb pada 2015.

Sepanjang tujuh tahun di kelab itu, dia bermain 290 kali dalam semua kejohanan dan menjaringkan 28 gol.

Klopp mendedahkan selepas aksi dengan Fulham bahawa dia terpaksa memasuki pasaran perpindahan walaupun memiliki pemain tengah ‘mencukupi’.



Bos Liverpool itu berkata: “Kami sudah katakan kami tidak perlu pemain tengah kerana sudah mencukupi – dan ia memang mencukupi, tapi masalahnya ketika ini ialah kami dihukum kerana sesuatu yang bukan tanggungjawab kami kerana perkara seperti ini boleh berlaku.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker