Russia latih lumba-lumba tempur – Perisik UK

Russia latih lumba-lumba tempur – Perisik UK

Russia latih lumba-lumba tempur - Perisik UK
Gambar pada 2019 daripada Direktorat Perikanan Norway (Perkhidmatan Pengawasan Laut) menunjukkan seekor ikan paus putih yang dipakaikan abah-abah. – Foto fail NTB Scanpix/AFP/Jorgen REE WIIG

LONDON: Perisik tentera British memaklumkan Russia sedang melatih lumba-lumba tempur di Semenanjung Crimea, bagi melawan serangan balas tentera Ukraine.

Dalam hebahan terbaharunya berhubung konflik itu, Perisikan Pertahanan United Kingdom (UK) memaklumkan Tentera Laut Russia membuat pelaburan yang banyak untuk pangkalan utama Armada Laut Hitam di Sevastopol, sejak tahun lalu.

“Ini termasuk sekurang-kurangnya empat lapisan jaring di sepanjang laluan masuk pelabuhan.



“Sejak beberapa minggu lalu, bahagian pertahanan ini mungkin diperkuat dengan peningkatan jumlah mamalia marin terlatih.

“Gambar yang diperoleh menunjukkan peningkatan sangkar mamalia yang terapung sebanyak hampir dua kali ganda di pelabuhan itu, yang berkemungkinan besar mengandungi lumba-lumba,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Menurut perisikan British, lumba-lumba itu mungkin besar digunakan untuk tujuan membalas serangan daripada penyelam.

Sebelum ini, katanya, tentera Russia pernah menggunakan ikan paus beluga dan anjing laut untuk pelbagai misinya di perairan Artik.

Pada 2019, kemunculan seekor ikan paus yang dipakaikan abah-abah di Norway, mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan haiwan itu digunakan untuk pengawasan, sebelum turut dilihat berhampiran pantai Sweden bulan lalu.

Pada 2016, Kementerian Pertahanan Russia cuba membeli lima lumba-lumba sebagai sebahagian usaha menghidupkan semula taktik era-Soviet yang menggunakan mamalia pintar itu untuk tujuan ketenteraan.



Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat (AS) pernah menggunakan lumba-lumba ketika Perang Dingin, dengan melatih mereka untuk mengesan kapal selam, periuk api dan objek atau individu mencurigakan berhampiran pelabuhan dan kapal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO


Ketika itu, seorang bekas kolonel tentera Soviet, memberitahu bahawa Moscow turut melatih lumba-lumba untuk memasang bahan letupan pada kapal musuh.



Pemerhati tentera Russia, Viktor Baranets yang pernah menyaksikan sendiri latihan lumba-lumba tentera ketika era Soviet dan pasca Soviet, memaklumkan mamalia itu tahu cara mengesan peluru berpandu yang ditinggalkan serta kapal karam di Laut Hitam.

Tentera Laut AS pula pernah menggunakan singa laut yang dikerahkan ke Bahrain pada 2003 untuk menyokong operasi menyerang Iraq, selepas serangan 11 September di New York dan Washington. – AFP

Russia latih lumba-lumba tempur – Perisik UK


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button