Anak bekas Perdana Menteri disiasat SPRM

Oleh – Syeikh Baran

Anak bekas Perdana Menteri disiasat SPRM

Seorang anak bekas Perdana Menteri sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an.

Siasatan itu difahamkan terhadap syarikat kepunyaan individu berkenaan yang didakwa membeli sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dan hari ini, BH dimaklumkan SPRM memanggil individu berkenaan untuk mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Sumber memberitahu, anak bekas Perdana Menteri itu dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat SPRM untuk diserahkan satu notis pengisytiharan harta.

“Siasatan menghendakinya mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara secara bertulis,” kata sumber itu kepada BH, di sini hari ini.

Bulan lalu, SPRM sudah pun memanggil individu itu untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan salah laku rasuah serta penyelewengan.

BH setakat ini masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai kanan SPRM berhubung siasatan itu.

Dalam pada itu, sumber berkata siasatan ketika ini dibuat berdasarkan dakwaan syarikat kepunyaan individu berkenaan membeli sebuah subsidiari GLC selaras dasar penswastaan pada waktu itu.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, dalam tempoh tertentu, syarikat berkenaan dijual kepada sebuah syarikat gergasi GLC dengan keuntungan ratusan juta ringgit.

Carian BH mendapati individu berkenaan sebelum ini turut disenarai dalam Offshore Leaks.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kes SPRM itu berkaitan atau tidak dengan pendedahan berkenaan.

Offshore Leaks adalah pendedahan kebocoran maklumat sebanyak 130,000 akaun pesisir luar pantai yang memperincikan maklumat kewangan peribadi mengenai individu dan pegawai kerajaan yang sebelum ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker