MAQIS rampas 28 tan daging ayam sejuk beku seludup

MAQIS rampas 28 tan daging ayam sejuk beku seludup

PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 28 tan daging ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM289,386 dari China.

Jurucakapnya berkata, kontena mengandungi 1,840 kotak daging ayam sejuk beku ditahan dalam pemeriksaan MAQIS dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sebuah pelabuhan di Pasir Gudang, dekat sini, pada jam 5 petang, Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya mendapati sebuah kontena membawa daging ayam yang disyaki cuba dibawa masuk tanpa sebarang dokumen.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang label yang diletakkan pada kotak daging ayam berkenaan, malah hasil pemeriksaan pada dokumen pula mendapati konsainan berkenaan tiada sebarang dokumen seperti permit import MAQIS, sijil kesihatan veterinar dan sijil halal,” katanya dalam kenyataan siaran media, hari ini.

denda sehingg RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MAQIS rampas 28 tan daging ayam sejuk beku seludup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker