Budak lelaki dirempuh ketika melintas jalan

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun patah tulang selangka selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bahok, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.



“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker