Muhyiddin mula serang Ismail isu i-Citra

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menyerang kepimpinan Ismail Sabri berkaitan isu pengeluaran wang pencarum KWSP.

Muhyiddin menyatakan sewaktu beliau menjadi PM, beliau mengarahkan pengeluaran wang pencarum diluluskan kerana rakyat tidak mempunyai wang.

Beliau kemudian memerli pentadbiran sekarang yang tidak mengikuti kehendak pencarum yang mahu mengeluarkan wang caruman menerusi skim i-Citra.

Sebagai rekod, desakan pengeluaran wang caruman KWSP didesak oleh pemimpin UMNO di Parlimen. Selepas beberapa siri desakan barulah kerajaan di bawah Muhyiddin bersetuju untuk meluluskan pengeluarannya.



Muhyiddin Yassin

Jelas sekali kempen PRN Johor ini tembelang Muhyiddin telah terbongkar. Apa yang dikesalkan ialah cara Muhyiddin yang bersikap ‘talam dua muka’ kepada rakyat.

Apa yang Muhyiddin mahu tunjuk sebenarnya dalam kempen PRN Johor?

Mengapa kini beliau menyalahkan pentadbiran Ismail Sabri dalam isu i-Citra?

Tepuk dada tanya hati. Pengundi Johor lebih berhak untuk menghakimi perangai sebenar Muhyiddin Yassin.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker