Bank Islam terbit sukuk RM400 juta

Bank Islam terbit sukuk RM400 juta

Bank Islam terbit sukuk RM400 juta
KUALA LUMPUR 28 OGOS 2019. Bank Islam merupakan salah satu anak syarikat BIMB Berhad Holdings. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berjaya menerbitkan tranche kelima Sukuk Murabahah Subordinat (Sukuk Murabahah) bernilai RM400 juta.

Bank Islam dalam kenyataan berkata, ia adalah sebahagian daripada Program Sukuk Murabahah berjumlah RM10.0 bilion bank ini.

Katanya, Sukuk Murabahah itu layak sebagai modal kawal selia Aras 2 Bank Islam, mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal (Komponen Modal) bagi Institusi Perbankan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

“Ia akan meningkatkan kecukupan modal bank ini supaya selaras dengan keperluan Basel III.

“Sukuk Murabahah terbabit yang boleh ditebus pada nilai nominal penuh selepas tempoh matang, didatangkan dengan opsyen beli pada ulang tahun kelimanya dan menerima penarafan A1/Stabil oleh RAM Rating Services Berhad,” katanya.

Bank Islam adalah Penasihat Utama, Pengatur Utama, Ketua Pengurus dan Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Murabahah berkenaan.

Bank Islam terbit sukuk RM400 juta

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker