91 tahanan lolos berjaya ditangkap

Oleh – Syeikh Baran


91 tahanan lolos berjaya ditangkap
DUA tahanan lelaki etnik Rohingya yang berjaya meloloskan diri daripada Depot Imigresen Sementara Bidor yang berjaya ditangkap polis di sebuah lokasi di Tapah petang tadi. – Foto IHSAN PDRM

Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaya meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor di sini mula keluar daripada beberapa lokasi persembunyian mereka kerana kelaparan selain buntu akan perancangan seterusnya.

Ini berdasarkan statistik terkini tangkapan yang meningkat dengan ketara iaitu 91 orang setakat pukul 7 petang tadi daripada 131 tahanan yang lolos sejak Khamis malam, minggu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, seramai 91 tahanan berjaya ditangkap, dua tahanan telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dengan baki 38 orang masih diburu secara agresif.



“Petang tadi, dalam operasi khas polis dan imigresen telah berjaya menangkap lapan lagi tahanan di kawasan hutan Jalan Kachu Tapah, Hub Getah Bidor dan Kampung Senta Bidor.

“Pecahan tangkapan bermula 1 Februari hingga hari ini ialah 66 orang tahan oleh polis dan 25 oleh Imigresen,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Operasi bersepadu ini telah memasuki hari keenam dan akan diteruskan sehingga baki tahanan yang meloloskan diri berjaya ditangkap.

Pihak berkuasa berdepan dengan tugas berat untuk mengesan baki tahanan yang lolos itu kerana lokasi depot itu yang strategik berhampiran lebuh raya, ladang kelapa sawit, kampung, kampung Orang Asli dan aliran sungai yang menuju bandar-bandar berdekatan.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker