397 kawasan alami gangguan bekalan air sementara

Kuala Lumpur: Sejumlah 397 kawasan di tiga wilayah Air Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi sehingga 3.30 petang ini berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada 4.30 pagi tadi.

Air Selangor dalam kenyataan berkata, henti tugas sementara itu berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Kilometer 75.9 Lebuhraya Karak-Bentong menuju Kuala Lumpur semalam.

Katanya, berikutan itu tiga wilayah Air Selangor iaitu Petaling membabitkan tiga kawasan, Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air.

“LRA Langat 2 dijangka akan mula beroperasi semula pada 3.30 petang hari ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.



“Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air sudah distabilkan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual boleh dilihat di laman sosial Facebook Air Selangor.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker