Bekalan air di 188 kawasan wilayah Hulu Selangor pulih

HULU SELANGOR: Bekalan air di 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor yang terjejas berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa pada kelmarin, pulih sepenuhnya jam 3 pagi, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.

Kelmarin, sebanyak 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja terbabit.



Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset itu mengikut jadual seperti yang diumumkan 26 Julai lalu.

Sehubungan itu, pengguna disaran merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter.

Pengguna juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button