PH, PN ikut formula Rafizi untuk tumbangkan BN



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

PH, PN cuba formula Rafizi untuk tumbangkan BN

Formula Rafizi Ramli berkaitan isu LCS sedang digunakan oleh PH dan PN untuk menumbangkan BN menjelang PRU15 kelak.

Timbalan Presiden PKR itu telah berjaya mengemudi isu kapal perang milik TLDM dengan modus operandi menyamai kempen PRU14. Gempar, jaja, tuduh, ceramah, desak dan kemudian minta ditubuhkan Siasatan DiRaja merupakan sebahagian cara yang digunakan Rafizi bersama Pakatan Harapan.

Perikatan Nasional yang terdiri dari PPBM, PAS, Gerakan turut terikut cara Rafizi, tetapi tidaklah menghairankan kerana PPBM dan PAS pernah bersama dengan gabungan PH.



PH, PN cuba formula Rafizi untuk tumbangkan BN

Sebalik pelbagai dakwaan, tuduhan ‘melampau’ serta provokasi politik yang cuba dilakukan oleh PH dan PN terhadap BN.

Mungkin ada kaitan dengan kegusaran PH apabila PM, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan tidak lagi menyambung MoU yang tamat tempohnya pada 31 Julai lepas.

Bagi PN, ketiadaan MoU tersebut akan menjejaskan peluang mereka untuk terus membuat PH ‘melutut’ kepada kerajaan dan sesuatu perlu dilakukan.

RAFIZI BAWA ISU TEPATI ‘SELERA’ PH & PN

PH, PN cuba formula Rafizi untuk tumbangkan BN

Melihat isu yang dibawa oleh Rafizi ‘menepati selera’ mereka, maka ia digunakan untuk memperlihatkan kebersamaan PH dan PN dalam sesuatu isu.



Ini dilihat sebagai satu bentuk ‘amaran’ kepada BN, jika tidak akur dengan kehendak mereka maka BN akan ditumbangkan sekali lagi pada PRU15.

Sebenarnya apa yang ditimbulkan Rafizi dan diikuti Perikatan Nasional hanya ‘memakan diri’ mereka sendiri.

PH, PN cuba formula Rafizi untuk tumbangkan BN

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Liew Chin Tong mengakui kelewatan projek berkenaan.

Langsung tidak ada menyatakan projek atau kapal yang dirancang ‘ghaib’ semasa PH berkuasa. Mengapa?



Adakah semua serangan ini satu isyarat ‘khemah besar’ yang dihebohkan sudah mulai terbentuk? Jika ya, maka BN perlu bersedia untuk pembubaran parlimen pada bila-bila masa.

Apapun, pandangan politik berkaitan isu LCS ini perlu diteliti secara berhemah serta fakta yang benar.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker