Real Madrid juara Piala Super UEFA

HELSINKI: Gol daripada David Alaba dan Karim Benzema memberikan Real Madrid kemenangan 2-0 mengatasi Eintracht Frankfurt seterusnya gelaran kelima Piala Super UEFA awal pagi tadi.

Ketika Frankfurt tampak berbahaya terutama pada babak pertama, pengalaman Madrid dan kualiti individu memastikan kemenangan mereka sama seperti dilakukan ketika menang Liga Juara-Juara 2021-22.

“Ia bukanlah perlawanan yang mudah, mereka bertahan di kawasan sendiri, tapi kami dapat menjaringkan gol dan kami mengawal selepas itu,” kata pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti kepada Movistar TV.

“Pada permulaan musim anda tidak boleh menjangkakan pasukan sudah berada 100 peratus, tapi kami menang dan kami memulakan musim dengan baik. Saya percaya ia boleh membantu kami mendapatkan keputusan lebih baik dan kemenangan memberi motivasi buat pemain.”



Ia adalah malam yang akan diingati penyerang veteran Perancis, Benzema yang kini menjaringkan 324 gol buat kelab Sepanyol itu, satu melebihi Raul.

Hanya Cristiano Ronaldo, yang meledak 450 gol mempunyai jaringan bersama Real melebihi Benzema.

“Kini dia berada dalam senarai untuk Ballon d’Or. Ada keraguan mengenainya? Bagi saya, tiada,” kata Ancelotti.

Alaba pula memuji keazaman tinggi pasukannya untuk meneruskan persembahan baik musim lalu.



“Kami berada di sini untuk menang dan mengumpul gelaran seterusnya… Kami mahu memungut apa yang kami tidak ambil musim lalu,” kata Alaba kepada RTL.

“Adalah sesuatu yang bagus untuk menjaringkan gol – ia jarang berlaku kepada saya.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker