Polis siasat ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’

Oleh – Syeikh Baran


Polis siasat 'Himpunan Selamatkan Malaysia'
Tun Dr Mahathir bersama orang ramai di pintu dua Istana Negara pada Selasa.

Satu laporan polis telah dibuat berkenaan penyerahan memorandum ‘Himpunan Selamatkan Rakyat’ di pintu 2 Istana Negara di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bricksfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkaitan perhimpunan itu pada jam 10 pagi.



“Penyerahan memorandum rakyat itu telah diserahkan oleh empat individu kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Amihizam berkata, pihaknya mendapati terdapat kira-kira 700 orang daripada penyokong Pas, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam berkumpul dalam perhimpunan tersebut.

“Dalam kejadian ini didapati beberapa peserta perhimpunan telah mempamerkan sepanduk bertulis ‘Rakyat Bersama Hemat Yang Di-Pertuan Agong’ dan seramai empat individu telah dikenal pasti memberi ucapan dalam perhimpunan ini.
 
Polis siasat 'Himpunan Selamatkan Malaysia'
Suasana orang ramai berhimpun di Pintu Dua Istana Negara bagi menyatakan soladariti terhadap nasib yang menimpa rakyat ketika ini.
“Walau bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya.
 
Beliau berkata, perhimpunan tersebut diadakan tanpa sebarang notis atau pemakluman bertulis.
 

“Satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan),” katanya.

Pada Selasa, media melaporkan polis akan merakam keterangan penganjur perhimpunan itu atas kegagalan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, penganjur perhimpunan berkenaan sudah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button