30 peratus calon wanita dalam PRU terus diperjuang

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Norshida Ibrahim mahu hasrat Wanita UMNO diterjemah dengan memberi pengiktirafan dalam bentuk 30 peratus calon wanita dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Oleh Azrin Muhammad

KUALA LUMPUR – Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan Ahad ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) menjadi medan perjuangan beberapa resolusi dan pandangan ahlinya bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

 

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, antara perkara utama yang akan dibangkitkan adalah kuota 30 peratus wakil wanita sebagai calon dalam PRU15 dengan harapan mendapat lampu hijau dari pucuk kepimpinan parti.



 

“Perkara ini boleh dikatakan satu manifestasi dan juga penghargaan kepada golongan wanita yang telah menjadi tulang belakang parti sejak sekian lama dan setia berganding bahu dengan jentera pelbagai peringkat membantu kemenangan parti.

 

“Saya percaya perkara ini akan mendapat persetujuan wanita seluruh negara dan menjadi satu pengiktirafan kepada wanita sekiranya 30 peratus calon wanita dalam PRU15 menjadi realiti,” katanya kepada media parti UMNO, di sini hari ini.

 

Tambahnya, usaha penglibatan wanita dalam politik juga perlu diperkasa dan ditingkatkan sejajar dengan hasrat Wanita UMNO yang mahu ia diterjemahkan, sekali gus berpeluang memainkan peranan sebagai pembuat dasar khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negara serta pembangunan modal insan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker