Pesara sektor perubatan di Gaza dimohon kembali bertugas

Pesara sektor perubatan di Gaza dimohon kembali bertugas

Pesara sektor perubatan di Gaza dimohon kembali bertugas
IMEJ satelit menunjukkan Hospital Shifa, antara hospital di Gaza. FOTO Maxar Technologies/ Reuters

Gaza: Perang Palestin-Israel yang semakin teruk menyebabkan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, pada Khamis, menggesa pesara pekerja penjagaan kesihatan supaya segera kembali memulakan tugas perubatan di institusi penjagaan kesihatan.

Disebabkan oleh serangan Israel, sektor penjagaan kesihatan di Gaza hampir lumpuh dan kementerian sedang mencari profesional penjagaan kesihatan termasuk yang sudah bersara

Agensi Anadolu melaporkan, kementerian itu turut merayu masyarakat antarabangsa dan pertubuhan bantuan kemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan segera kepada hospital di Gaza.



Dalam satu kenyataan, kementerian itu bersungguh-sungguh menekankan bahawa ramai pesakit dan individu yang cedera akan kehilangan nyawa, jika bantuan ditangguhkan.

Kenyataan itu juga menyebut mengenai kekurangan bahan api dan ubat-ubatan di hospital.

Konflik di Gaza, di bawah pengeboman dan sekatan Israel sejak 7 Oktober, bermula apabila Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut pelbagai serampang yang termasuk ribuan pelancaran roket dan penyusupan ke Israel oleh pejuang Hamas melalui darat, laut dan udara.

Hamas berkata pencerobohan itu sebagai membalas dendam terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa dan keganasan yang semakin meningkat oleh peneroka haram Zionis Israel.



Tentera Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk, tanpa bekalan elektrik, manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan kehabisan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres sudah menggesa ‘gencatan senjata untuk kemanusiaan dengan segera’ untuk mengurangkan ‘penderitaan manusia yang epik’.

Sekurang-kurangnya 3,808 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 mati di pihak rejim Zionis Israel.

Pesara sektor perubatan di Gaza dimohon kembali bertugas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker