Aaron mula rasa bahang Kejohanan Dunia

Aaron mula rasa bahang Kejohanan Dunia

Aaron mula rasa bahang Kejohanan Dunia
Aaron (kanan) dan Wooi Yik akan turun pertahankan kejuaraan di Copenhagen.

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki utama negara Aaron Chia, mengakui wujud tekanan untuk mengulangi pencapaian bersejarah dengan pasangannya, Soh Wooi Yik, bagi mempertahankan gelaran juara dunia di Copenhagen, Denmark, dari 21 hingga 27 Ogos ini.

Aaron berkata cabaran pastinya lebih besar untuk meraih kejayaan kedua berturut-turut pada Kejohanan Badminton Dunia tersebut memandangkan ia turut menawarkan mata ke Sukan Olimpik 2024 di Paris dijadual berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos, 2024.

“Tekanan memang ada namun kena prestasi yang baik, ketika ini dan juga ketika tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024, jadi ia sangat penting.



“Mungkin pada Oktober nanti kita sudah tahu tahap kami di mana (ranking Olimpik). Jadi, kita ada kira-kira tujuh hingga lapan perlawanan menjelang Oktober yang perlu kita berusaha… dan sekurang-kurangnya konsisten hingga ke separuh akhir atau final,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu juga berkata amat penting bagi mereka mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir dalam kejohanan terutamanya bertaraf tinggi seperti Super 750 dan 1000 bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 yang sedang berlangsung sehingga April depan.


Pada Ogos lepas, Aaron-Wooi Yik mencipta sensasi dengan menewaskan juara dunia tiga kali Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, 21-19, 21-14, sekali gus menamatkan penantian 45 tahun Malaysia untuk merangkul gelaran sulung kejohanan dunia.

Ditanya sama ada mereka tercabar dengan kejayaan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang mempertahan kejuaraan di Terbuka Taiwan 2023 Ahad lepas, Aaron sebaliknya berkata pencapaian dilakar rakan sepasukannya bukan sahaja membakar semangatnya dan Wooi Yik malah pasangan negara lain untuk muncul juara Jelajah Dunia nanti.



Katanya pencapaian diraih Wei Chong-Kai Wun juga mampu menguatkan lagi kem beregu lelaki negara sekali gus memberi banyak pilihan terutamanya bagi memilih pasangan terbaik menyertai pasukan negara dalam kejohanan berpasukan selepas ini.

Wei Chong-Kai Wun mengesahkan kejuaraan Terbuka Taiwan 2023 apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14 di final kejohanan Super 300 tersebut. – BERNAMA

Aaron mula rasa bahang Kejohanan Dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker