PRU15, rakyat terus menunggu untuk kerajaan baru

 

Oleh – Amran Klebang

PRU15, rakyat terus menunggu untuk kerajaan baru

Sehingga hari ini, rakyat masih terus menunggu tarikh PRU15 bagi membolehkan mereka memilih sebuah kerajaan baru.

Ada juga kalangan rakyat mahu menebus kesilapan mereka pada PRU14 selepas memberi kepercayaan kepada Pakatan Harapan.

Dengan pelbagai manifesto yang tidak dipenuhi serta perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan itu sendiri, rakyat telah sedar bahawa memilih untuk ‘ditipu’.

KEMELUT MAHATHIR – ANWAR ‘PUNCA’ KEJATUHAN PAKATAN HARAPAN

PRU15, rakyat terus menunggu untuk kerajaan baru

Kemelut perebutan kuasa antara Mahathir-Anwar Ibrahim memuncak dan akhirnya perpecahan mulai berlaku dalam PH. Bermula dengan penarikan diri PPBM dari Pakatan Harapan diikuti kehilangan majoriti sokongan Parlimen, akhirnya Mahathir meletakkan jawatan PM.

Meninggalkan Putrajaya tanpa berjaya mengembangkan ekonomi negara, Muhyiddin mengambil alih tampuk negara bila dinamakan sebagai PM Ke-8. 

Rakyat terus tertekan selepas menyaksikan polemik politik PH terpaksa pula menghadap situasi baru di bawah Muhyiddin Yassin. Menggunakan gelaran ‘Abah’, Muhyiddin cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘saviour’ kepada rakyat Malaysia.

‘ABAH’ HANYALAH JENAMA GAGAL WARISAN PAKATAN HARAPAN

Ketika itu kesan pemerintahan PH sudah mulai terasa apabila kebanyakan pelabur sudah mula menjarakkan diri dan menarik keluar pelaburan mereka kerana Muhyiddin bukanlah PM yang dipilih menerusi mandat rakyat.

Pandemik covid yang melanda negara menjadi ‘penyelamat’ Muhyiddin yang masih tergapai-gapai mencari rentak menguruskan negara.

Rakyat mulai mempersoalkan cara Muhyiddin mengurus tadbir negara kerana beliau masih gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Rakyat dikurung umpama tahanan rumah sehingga menjangkau setengah tahun, kempen bendera putih hanya mencerminkan kegagalan sebenar kerajaan pimpinan ‘Abah’.

Secara tiba-tiba Muhyiddin mengisytiharkan ‘darurat’ dan dipercayai ianya hanyalah helah politik beliau bagi menyelamatkan karier politiknya. Yang peliknya secara tiba-tiba, Muhyiddin yang ketika bersama PH mengakui Malaysia sudah hampir bangkrap boleh memperuntukan hampir RM600 biilion untuk pakej ‘darurat’.

MALAYSIA PERNAH DIDAKWA BAKAL BANGKRAP

PRU15, rakyat terus menunggu untuk kerajaan baru

Atas nama ‘darurat’ dari mana dan kemana peruntukan RM600 billion tidak boleh dibentangkan untuk dipersoalkan di Parlimen. Ketika itulah spekulasi peruntukan jumlah besar itu digunakan pihak tertentu untuk dijadikan ‘laba’ untuk memperkukuhkan penguasaan Muhyiddin.

Namun semua itu menemui kegagalan dan akhirnya Muhyiddin akur untuk melepaskan jawatannya kepada Ismail Sabri Yaakob. 

Ismail Sabri yang juga tidak mendapat mandat sebenar dari rakyat melainkan proses peralihan kuasa (tidak menyalahi mana-mana undang-undang negara) mewarisi peninggalan dua buah kerajaan gagal.

Mewarisi kegagalan dua buah kerajaan gagal – PH dan PN telah mengakibatkan negara berdepan konflik kepercayaan negara luar.

Bukan sahaja negara luar, kepercayaan rakyat sendiri sudah mulai pudar selagi parlimen tidak dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-15.

Politik yang tidak stabil tidak membawa kecemerlangan buat Keluarga Malaysia dan segala keputusan yang perlu dibuat Ismail Sabri perlu dibentangkan kepada semua pihak yang berada dalam kabinet Keluarga Malaysia.

Langkah mengadakan MoU bersama Pakatan Harapan hanyalah untuk memastikan sokongan sentiasa ada sekiranya kerajaan memerlukan sesuatu keputusan yang hanya boleh diluluskan dalam parlimen. 

RAKYAT MAHU KERAJAAN STABIL MELALUI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

PRU15, rakyat terus menunggu untuk kerajaan baru

Sekali lagi rakyat dihidangkan dengan ketidakstabilan politik negara bila kerajaan bergantung harap kepada beberapa pihak untuk mencapai keputusan yang penting demi rakyat dan negara.

Berapa lama lagi rakyat perlu menanti untuk sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat rakyat dapat dibentuk? 

Negara memerlukan kewujudan sebuah kerajaan yang benar-benar dibentuk melalui mandat rakyat dan bukan menerusi peralihan kuasa. Ini penting untuk memberitahu kepada negara luar, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.

Rakyat berhak mendapat sebuah kerajaan yang lebih baik kerana merekalah penentu kejayaan sesebuah negara dan ahli politik hanyalah sebagai alat pemudahcara dan memikul amanah rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker