Rafizi Ramli bakal kuasai Pakatan Harapan

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi Ramli bakal kuasai Pakatan Harapan

Tidak mustahil satu hari nanti Pakatan Harapan akan dikuasai Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berdasarkan populariti sesi ‘tuduhan politik’ yang sedang dilakukannya sekarang.

Kemunculan semula Rafizi selepas ‘persaraan’ beliau sejak 2019 membawa ‘rezeki’ bila menang jawatan Timbalan Presiden PKR yang kosong selepas Azmin Ali meninggalkan parti.

Memilih untuk menyerang Najib Razak, figura paling popular dalam senarai politik sebagai permulaan, Rafizi berjaya membuatkan Anwar Ibrahim muncul untuk berdebat.

Walau sepatutnya debat itu berlaku antara beliau dan Najib, Rafizi cemerlang ‘memancing’ Anwar agar tampil dan ‘terpaksa’ menggantikannya.

ANWAR IBRAHIM HANYA ADA TEORI AUDIT FORENSIK

Rafizi Ramli bakal kuasai Pakatan Harapan

Ternyata, Anwar hanya ada teori ‘Audit Forensik’ tanpa solusi konkrit untuk menyakinkan rakyat. Itu sebenarnya matlamat Rafizi ‘membogelkan’ kelemahan Anwar kepada umum supaya mereka tahu Anwar bukanlah sehebat yang disangka.

Kini, Rafizi beralih pula kepada isu Littoral Combat Ship (LCS) yang mengalami kelewatan pembikinan dari jadual sepatutnya. 

Perhatikan bentuk serangan ‘ala gerila’ Rafizi bila mulai menyentuh isu tersebut. Secara kebetulan, Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong pernah menjadi Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan semasa Pakatan Harapan memerintah.

Pada waktu itu, Mohamad Sabu dan Liew turut melawat projek berkenaan dan melihat proses kemajuan projek berkenaan. Malah, mereka mengakui kelewatan projek berkenaan tanpa ada menyatakan wujud sebarang kontroversi dalam projek LCS.

Rafizi Ramli bakal kuasai Pakatan Harapan
Gambar Hiasan

DAP & AMANAH ‘TERPERANGKAP’ DENGAN FORMULA RAFIZI

Rafizi berjaya ‘ memerangkap’ AMANAH dan DAP sekaligus menggunakan isu LCS apabila kedua mereka akhirnya mengakui projek berkenaan dihentikan oleh Pakatan Harapan.

Baca – MOHAMAD SABU & LIEW CHIN TONG AKUI PH HENTIKAN PROJEK LCS

Dalam pada itu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga ‘mencuba nasib’ untuk menyaingi Rafizi apabila turut memilih Najib Razak sebagai subjek serangan berkeiatan LCS.

Namun demikian, Najib yang tenang melayan ‘budak tiktok’ (gelaran yang Najib berikan kepada Saddiq) telah mematahkan hujah-hujah dangkal Syed Saddiq.

Baca – PH IKUT FORMULA RAFIZI RAMLI

Cara Rafizi menyusun atur serangan terhadap pemimpin Umno dan BN agak teratur seperti dilakukannya sebelum PRU14.

Cuma kali ini, serangannya nampak seperti ‘serampang dua mata’, menyerang musuh politik tetapi dalam masa sama menyerang imej kepimpinan Pakatan Harapan ‘kuno’.

Dalam gabungan PH, Lim Guan Eng sudah tidak lagi relevan kerana berdepan kes Mahkamah, Anwar sudah tidak sepopular zaman muda manakala AMANAH tidak ada pemimpin pelapis selepas Mohamad Sabu

Apa yang dibuat Rafizi ini mungkin sebahagian strategi beliau untuk menguasai Pakatan Harapan secara total dan untuk memastikan beliau bakal menggantikan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan kelak.

Nampak seperti Rafizi gigih menyerang pihak lawan tetapi dalam masa sama beliau mahu menonjolkan diri supaya semua pihak lain dalam PH nampak kehadirannya dan menghargai beliau dalam usaha Pakatan Harapan merampas kembali Putrajaya.

Azmin Ali calon TPM, skandal video selesai?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker