Dolar AS kembali mengukuh, ringgit susut

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang kembali mengukuh di tengah-tengah pendirian Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank England (EoB) yang cenderung terhadap inflasi rendah.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.2580/2640 berbanding dolar AS daripada 4.2445/2490 pada akhir urus niaga semalam.

Semalam, ECB dan BoE bertindak menaikkan kadar faedah masing-masing sebanyak 50 mata asas pada Khamis.

“Dolar AS lebih mengukuh hari ini berikutan jangkaan oleh ECB dan EoB tersebut. Walaupun terdapat unjuran dolar AS yang lebih kukuh, isu utama yang menjejaskan mata wang Asia adalah ketidakpastian mengenai prospek ekonomi China dalam masa terdekat,” kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Dalam nota tinjauannya kepada Bernama, beliau berkata indeks pengurus pembelian pembuatan (PMI) Caxin China yang lemah pada awal minggu ini telah menjejaskan pemulihan.

Pada Januari, bacaan indeks PMI Caixin kekal di bawah 50 iaitu 49.2 berbanding 49.0 pada Disember.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding yen Jepun yang menyaksikannya rendah kepada 3.3098/3147 daripada 3.2924/2961 pada khir urus niaga semalam.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2474/2525 daripada 3.2498/2534, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1986/2059 daripada 5.2381/2437 serta naik berbanding euro kepada 4.6395/6461 daripada 4.6685/6735.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker