Sotong Masak Hitam Ala Mamak

Sotong Masak Hitam Ala Mamak
Sotong Masak Hitam Ala Mamak

 

Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak, walaupun tak sama 100% untuk cara dan bahannya tetapi hasilnya sangat sedap dan sesuai dimakan bersamaΒ nasi kandar, nasik minyak, nasi tomato atau nasi berempahΒ yang lain.

Kalau boleh gunakanΒ sotong putih yang besar dan ada telur yang penuhΒ di dalamnya kerana isi sotong putih adalah tebal, manis dan telur sotong rasanya sangat sedap apabila dimasak. Itulah jenis sotong yang biasanya dipilih untuk masakan ini.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1/2 kg sotong
  • 1 batang serai, ketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan, potong pendek
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2 biji tomato, hiris nipis
  • kicap manis secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 biji bawang besar, blend kasar
  • garam dan gula
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga lawang
  • Bahan-bahan untuk tumbuk atau kisar halus:
    • 6 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 1 ketul kunyit hidup, jika suka

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Bersihkan sotong dan toskan. Sotong jangan dipotong sebab kita nak masak sotong seekor-seekor.
  2. Panaskan minyak dan tumis serai, daun pandan, daun kari, dan bahan-bahan rempah tumis.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar halus dan kacau sehingga kekuningan serta naik bau.
  4. Masukkan pula cili kisar dan masak seketika.
  5. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sotong. Tuang kicap secukupnya.
  6. Masukkan bawang besar yang dikisar kasar tadi bersama sos tiram. Masak sehinga kuah pekat.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

Tip:

 

  • Sotong harus ditos airnya supaya nanti kuah masak hitam tidak terlalu berair. Ini adalah kerana sotong itu sendiri akan mengeluarkan air apabila dimasak.
  • Kalau nak gantikan hirisan tomato dengan tomato puree pun boleh juga.

Mee Goreng Daging Ala Mamak

Sotong Masak Hitam Ala Mamak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker