Mahkamah putuskan jawatan Perdana Menteri Thailand kekal

Mahkamah putuskan jawatan Perdana Menteri Thailand kekal

Mahkamah putuskan jawatan Perdana Menteri Thailand kekal

BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini memutuskan Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha boleh berkhidmat semula kerana belum melebihi penggal pemerintahan selama lapan tahun.

Jawatan nombor satu negara itu digantung buat sementara waktu selepas parti pembangkang mengemukakan petisyen undang-undang kepada mahkamah mengenai jawatan Prayut yang dikatakan sudah melebihi had kuasa.



Hakim Punya Udchacon berkata, Mahkamah Perlembagaan memutuskan dengan keputusan majoriti jawatan perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun.

“Jawatan perdana menteri itu dikira bermula sejak 6 April 2017,” katanya.

Bekas Ketua Tentera itu memegang tampuk pemerintahan sejak rampasan tentera 2014.

Mengikut Perlembagaan Thailand 2017, seorang perdana menteri tidak boleh berkhidmat melebihi tempoh lapan tahun, namun penyokong Prayut dan pengkritiknya tidak bersetuju dengan tarikh bila tempoh kuasanya bermula.



Bantahan besar-besaran dijangka berlaku selepas keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau, yang kini masih memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Beliau boleh terus berkhidmat sehingga 2025 atau 2027, namun bergantung pada PRU akan datang yang mesti diadakan dalam tempoh beberapa bulan.-AFP

Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri



Mahkamah putuskan jawatan Perdana Menteri Thailand kekal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Mesyuarat Top5 Umno masih diselubungi misteri



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button