Liga Europa: Brighton kental bangkit ikat Marseille

Liga Europa: Brighton kental bangkit ikat Marseille

Liga Europa: Brighton kental bangkit ikat Marseille
GROSS (dua dari kiri) menjadi pencetus kebangkitan Brighton apabila meledak gol pertama sebelum mereka berjaya mengikat Marseille awal pagi semalam. – AFP

MARSEILLE – Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi memuji aksi luar biasa yang ditampilkan oleh pemain untuk bangkit mengikat kelab Perancis, Marseille 2-2 pada aksi peringkat Kumpulan B saingan Liga Europa awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Marseille selaku tuan rumah berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Chancel Mbemba dan Jordan Veretout sebelum pasukan pelawat bangkit menerusi gol Pascal Gross dan Joao Pedro.

Menurut De Zerbi, mentaliti tidak mahu menyerah terlalu awal pasukan wajar dipuji tetapi prestasi pasukan secara keseluruhan masih belum di tahap memuaskan untuk mencabar pesaing di peringkat Eropah kali ini.



“Secara jujur, kami masih tidak bermain dengan baik dan ini adalah detik terburuk buat pasukan selepas turut tewas besar kepada Aston Villa minggu lalu. Namun, pujian wajar diberikan kepada pemain kerana bangkit untuk meraih keputusan seri.

“Apa yang pasti, kita bukanlah pasukan pilihan dan ini musim pertama bermain di Eropah. Pemain tidak pengalaman dan begitu juga saya, tetapi saya harap kita dapat pamer lebih agresif pada baki saingan peringkat kumpulan nanti,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.


Sementara itu, pengendali Marseille, Gennaro Gattuso mengakui runsing melihat anak-anak buahnya gagal mempertahankan kelebihan dua jaringan sehingga meraih keputusan seri berturut-turut pada kempen Liga Europa musim ini.

“Kita bermain dengan cukup baik pada 65 minit pertama. Namun, pasukan agak tertekan selepas mereka menjaringkan gol pertama dan kita terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri,” kata pengendali import dari Itali itu. – AGENSI



Liga Europa: Brighton kental bangkit ikat Marseille

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker