Afiq azam pikat hati Pan-gon

Afiq azam pikat hati Pan-gon

Afiq azam pikat hati Pan-gon
AFIQ perlu berdepan cabaran beberapa lagi pemain di posisi tengah untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya. – FB FAM

PEMAIN tengah skuad Harimau Malaya, Afiq Fazail harap tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan falsafah bola sepak kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 minggu ini.

Sebagai rekod, Afiq menjadi salah seorang pemain yang kembali dipanggil oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon pada kem latihan pusat untuk menentang Kyrgyztan dan Taiwan pada aksi peringkat kumpulan nanti.

“Saya teruja untuk kembali menyarung jersi negara dan sudah tentu saya akan cuba beri yang terbaik bagi Harimau Malaya melakar kemenangan dalam dua perlawanan nanti.



“Sebagai pemain, memang saya nak main dan tambah penampilan untuk Malaysia. Jadi, dalam latihan kami perlu berikan sepenuh hati kerana persaingan dalam kalangan pemain agak sengit.

“Prestasi yang konsisten di kelab (JDT) agak membantu pasukan kebangsaan dan harap momentum yang sama dapat diteruskan di peringkat negara selepas ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan.

Selain Afiq, beberapa lagi pemain berpotensi menjadi ‘jeneral’ di tengah padang nanti seperti Endrick Dos Santos, Brendan Gan, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin dan Nooa Laine.

Harimau Malaya memulakan saingan Kumpulan D menentang Kyrgyzstan, Khamis ini sebelum terbang ke Taipei untuk aksi kedua berdepan Taiwan pada 21 November depan.

Afiq azam pikat hati Pan-gon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker