Kylian Mbappe pemalas



Paris: Kylian Mbappe dikecam di media sosial selepas dia dilihat berhenti berlari semasa Paris Saint-Germain melakukan serangan balas ketika kemenangan 5-2 ke atas Montpellier, awal pagi tadi.

Gergasi Perancis itu memulakan kempen dengan cemerlang di bawah pengurus baharu, Christophe Galtier dengan memenangi kedua-dua perlawanan pembukaan Ligue 1 dan menjaringkan 10 gol yang mengagumkan.

Mbappe menjaringkan gol pertama musim ini pada separuh masa kedua tetapi mempamer aksi mengecewakan sepanjang perlawanan.

Pada satu ketika, pemain tengah PSG, Vitinha mengawal bola dan mempunyai pilihan untuk menghantar kepada Mbappe di sebelah kiri atau Lionel Messi di sebelah kanan.



Pemain baharu itu memilih untuk melorongkan bola kepada Messi, yang kemudian menyaksikan Mbappe mengangkat tangannya ke udara sebagai tanda tidak berpuas hati.

Achraf Hakimi mensia-siakan gerakan itu apabila cubaannya tersasar.

Peminat berang dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemenang Piala Dunia 2018 itu dengan berkongsi perasaan mereka di media sosial.

Seorang peminat berkata: “Adakah anda melihatnya??? Serangan balas. Vitinha memberikan kepada Messi. Mbappe berhenti berlari dan berjalan ke kiri seperti tidak mahu bermain.”



Seorang lagi berkata: “Ya, dia mempamerkan sikap yang buruk. Pemain yang tidak dapat menahan tekanan seperti Neymar.”

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker