Man United jadi bahan seluruh dunia

London: Kekalahan memalukan 0-4 Manchester United kepada Brentford mengejutkan seluruh dunia sehinggakan pengkritik, media dan peminat tergamam dengan prestasi menyedihkan gergasi bola sepak Liga Perdana itu.

Erik ten Hag hanya memegang jawatan itu sejak Jun lalu tetapi sudah pun menghadapi tekanan besar apabila muncul bos pertama yang tewas dalam dua perlawanan awal liga sejak 1921.

Pengkritik dan pemerhati bola sepak seperti Gary Neville, Jamie Carragher dan Rio Ferdinand semuanya membidas pemain selepas beberapa kesilapan dilakukan mereka termasuk penjaga gol berprofil tinggi, David de Gea.



Bukan hanya di UK sahaja United dikecam, malah seluruh dunia termasuk dari Australia sehingga ke Vietnam dan Afrika turut kecewa dengan prestasi mereka.

Vietnam News merumuskan kekalahan terbaru United itu dengan tajuk: ‘Mengapa tidak untuk mentertawakan United’.

Akhbar berita Australia, Fox Sports pula bercakap mengenai ‘kegagalan 86 tahun United’ manakala dan akhbar Amerika, Sporting News, melakukan analisis mendalam tentang angka di sebalik prestasi buruk dalam sejarah Liga Perdana kelab itu.

Pulse Sports Nigeria turut menyiarkan beberapa reaksi daripada warga Nigeria di media sosial selepas kekalahan United.



Seorang peminat berkata: “Jika saya Ronaldo, saya tidak akan kembali berlatih selepas perlawanan ini. Ejen saya mesti mencari jalan untuk membawa saya keluar dari aib ini.”

Seorang lagi menulis: “Saya rasa tiada simpati untuk penyokong United. Mereka layak menerima apa yang mereka alami pada masa ini, lantang dan bangga selama ini, sentiasa menyakitkan hati semua orang.”

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button