“Projek STW bukan gula-gula pilihanraya”



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

"Projek STW bukan gula-gula pilihanraya"

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan projek STW (Skim Tanah Warisan) adalah gula-gula pilihanraya akan datang.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas perasmian ‘pilot project’ STW di Kuala Medang, Lipis pada Sabtu lepas.

"Projek STW bukan gula-gula pilihanraya"

Projek STW merupakan antara inisiatif kerajaan negeri kepada rakyat Pahang untuk memiliki kediaman sendiri.



Pahang mensasarkan untuk mewujudkan STW di setiap kawasan Parlimen dalam Pahang bergantung kepada kekosongan tanah negeri.

“Kos pembinaan rumah pula ditanggung sepenuhnya oleh peserta, yang mana reka bentuk dan luas rumah adalah terpulang kepada peserta mengikut kemampuan kewangan serta kesesuaian lot tapak yang diperolehi. 

“Walau bagaimanapun, pembinaan rumah tersebut perlu mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan,” 

"Projek STW bukan gula-gula pilihanraya"

Dalam majlis itu seramai 250 penduduk menerima surat tawaran STW dan 169 orang penduduk  menerima suratan hak milik Rancangan Felcra. 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker