Rafizi Ramli mula serang media di twitter

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi Ramli mula serang media di twitter

 

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mula menyerang media yang pada pandangannya tidak berpihak kepada beliau di twitter.

Rafizi yang kembali keluar dari ‘gua persembunyian’ selepas menyorok pada 2019, terpaksa menumpang populariti Najib Razak bagi membuat kemunculan semula.

Ibarat ‘kura-kura’ yang baru mengeluarkan kepala, Rafizi memilih Sapura sebagai platform untuk meneruskan ‘acara rasminya’ iaitu menghasut rakyat.

Rafizi Ramli mula serang media di twitter

Sehinggakan Presiden PKR sendiri terpedaya dengan sikap ‘alim’ Rafizi dan sanggup berdebat dengan Najib Razak. Walau asalnya cabaran berdebat itu datang dari Rafizi namun kerana ‘kebodohan’ Anwar, beliau menjadi ‘lebih sudu dari kuah’ bila bersetuju berdebat dengan Najib.

“dikala semua media termasuk Utusan, BH dll laporkan fakta pasal LCS, Malaysia Gazette dah jadi blogger Umno ha3 kona baring. Biarkan mereka, rakyat cerdik”

 

Rafizi Ramli mula serang media di twitter

Membaca ciapan Rafizi sebegini sememangnya melucukan. Hanya kerana Malaysia Gazette tidak menyebelahi ‘hasutan’ Rafizi, maka sewenangnya beliau melabelkan portal media tersebut adalah blogger Umno.

Isu Littoral Combat Ship (LCS) milik TLDM menjadi bahan utama Pakatan Harapan untuk dijadikan bahan kempen PRU15. Isu sebenar menurut laporan PAC ialah kelewatan projek berkenaan untuk disiapkan namun Rafizi cuba memberi gambaran berlaku satu skandal besar dalam isu LCS.

Beliau turut memberi gambaran kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab atas kelewatan projek LCS. Bagaimanapun, Rafizi tidak pula mengakui apa yang dilakukan Pakatan Harapan sewaktu berkuasa.

 

 

Beliau langsung tidak menyentuh isu tersebut ketika Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong berada di Mindef pada 2018-2020. Mengapa sekarang baru Rafizi bersuara kononnya dialah ‘whistleblower’ sesuatu skandal di Malaysia.

Jika masih ingat lagi fitnah Rafizi berkaitan cincin berlian yang beliau seringkali kemukakan dalam siri ceramahnya. Akhirnya fitnah Rafizi terjawap dan disahkan di Parlimen.

FITNAH CINCIN BERLIAN OLEH RAFIZI RAMLI

Dimanakah terowong kebanggaan Lim Guan Eng?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker