Tiga pendaki terperangkap akibat kepala air

Hulu Langat: Tiga lelaki yang melakukan aktiviti mendaki di Air Terjun Sungai Gabai, di sini, terperangkap dalam kejadian kepala air, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 5.24 petang .

Menurutnya, tiga lelaki berusia 20-an itu melakukan aktiviti mendaki bukit terperangkap di bukit dengan anggaran ketinggian 50 meter akibat berlaku kejadian kepala air di kawasan itu.



“Ketika anggota bomba sampai di lokasi, air sudah surut yang mana kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Anggota bomba bertindak membawa turun kesemua mangsa ke kaki bukit dengan selamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button