F1 dikesan memandu di lebuh raya

Prague: Sebuah kereta Formula Satu (F1) dikesan memandu di lebuh raya membuatkan pengguna jalan raya terpinga-pinga.

Jentera Ferrari lama itu dirakam memandu laju di sepanjang lebuh raya dua lorong.

Kereta F1 itu dikesan sepanjang lebuh raya D4 yang keluar dari Prague di Republik Czech menuju ke sempadan Jerman.



Bagaimanapun ia menjadi satu kesalahan undang-undang di mana tidak dibenarkan memandu kenderaan sedemikian di lebuh raya di Republik Czech dan polis menyiasat kejadian yang serupa pernah berlaku pada 2019.

Kereta yang sama dikesan memandu di lebuh raya yang sama.

Pemilik kereta itu berjaya dikesan namun suspek menafikan dia ada pemandu ketika itu.

Memandangkan polis tidak dapat membuktikan kesalahan apabila pemakaian topi keledar menyembunyikan identiti pemandu, pertuduhan tidak dapat dikenakan ke atas suspek.



Ini bermakna pemandu berkenaan dapat mengelak daripada didenda ribuan pound dan larangan memandu selama setahun.

 

 

 



Namun pengguna laman sosial menganggap insiden berkenaan sebagai kelakar malah ada yang memuji pemandu itu kerana berani membawa kereta F1 miliknya di jalan raya.

Seorang pengguna Twitter menulis: “LEGEND”

Seorang lagi menambah: “Kami suka melihatnya, segera kembali hanya untuk mengambil susu di dalam kereta F1”

Yang ketiga berkata: “Tidak semua pahlawan memakai jubah.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button