Piala FA: JDT akui terpaksa berhempas pulas

Piala FA: JDT akui terpaksa berhempas pulas
Piala FA: JDT akui terpaksa berhempas pulas
PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucup Piala FA yang dimenangi selepas pasukan itu berjaya menewaskan KL City pada aksi final kelmarin.

JURULATIH Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menegaskan anak buahnya layak bergelar juara setelah mempamerkan kesungguhan untuk merangkul Piala FA edisi ke-33 selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) malam kelmarin.

Solari akui kejayaan itu bukanlah datang bergolek setelah The City Boys memberikan tentangan sengit dan memaksa Harimau Selatan berhempas pulas sebelum memenangi Piala FA buat kali ketiga di laman sendiri.

Katanya, pujian juga perlu diberikan kepada pemain JDT yang memberikan komitmen tinggi sejak perlawanan pertama setelah mengharungi kempen Piala FA 2023 tanpa bolos sebarang gol.

“Saya berbangga menjadi sebahagian daripada kelab ini yang sentiasa dahagakan kemenangan. Pada malam ini, mereka dipaksa bekerja lebih keras oleh KL City yang cukup liat untuk dikalahkan.

“Namun, kesungguhan yang dipamerkan pemain akhirnya terbalas apabila berjaya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan dua gol. Beraksi di final, tekanannya berbeza dan pemain melakukan terbaik untuk mendapatkan kemenangan yang diimpikan, mereka layak bergelar juara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?


Solari berkata, aksi babak pertama menyaksikan JDT bergelut untuk menembusi benteng pertahanan lawan dan ini tidak melemahkan semangat pemain yang yakin bahawa serangan bertali arus itu pasti akan membuahkan hasil.

“Walaupun gol Bergson Da Silva dinafikan pengadil perlawanan yang mengatakan dia berada di kedudukan ofsaid, pemain tidak patah semangat dan terus berjuang dan hasilkan peluang

“Sampai satu tahap kami meninggalkan ruang yang besar di bahagian bawah kerana pemain pertahanan turut membantu melakukan serangan, inilah komitmen tinggi pemain yang sangat impikan kemenangan jadi realiti,” katanya.

Diminta mengulas mengenai persembahan Shio Hong Wan yang meledak gol pertama perlawanan, pengendali kelahiran Argentina itu tidak menyangka pemain itu berupaya meledak gol dari jarak 30 meter bagi sekali gus meniup semangat juang rakan sepasukan.

“Saya gembira dengan permainannya dan dia telah melakukan sesuatu yang luar biasa malam ini. Hong Wan sentiasa beraksi dengan sepenuh hati ketika beraksi dan saya pernah katakan pada masanya akan tiba untuk menyinar, siapa sangka ia berlaku pada aksi final ini.

“Pujian juga perlu diberikan kepada penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi yang menafikan percubaan berbahaya lawan pada babak pertama, keadaan mungkin berbeza sekiranya mereka mampu dapat gol awal,” katanya.

Piala FA: JDT akui terpaksa berhempas pulas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker