PAS kembali bersama Pakatan Harapan

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

PAS kembali bersama Pakatan Harapan

PAS (Parti Islam Se-Malaysia) mengesahkan akan kembali bersama pengundi Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang.

Hasrat tersebut disampaikan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menerusi entri facebook beliau malam tadi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya merubah kepimpinan negeri Pahang, Insya Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang syer paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang.”

 

 

Hasrat PAS untuk menawan Pahang sudah tidak lagi boleh dinafikan mereka seperti sebelum ini. Kewujudan ‘khemah besar’ antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan juga semakin hampir menjadi realiti.

Berbekalkan 8 kerusi DUN yang dimenangi PAS di Pahang, mereka memerlukan sekurangnya 14 kerusi tambahan untuk menguasai Dewan Undangan Negeri Pahang.

PAS secara sendirian tahu mereka tidak mampu mendapatkan jumlah yang dikehendaki. Walau PAS bertanding dibawah lambang Perikatan Nasional, PPBM tidak akan dapat sokongan pengundi Pahang. 

Bagi merealisasikan hasrat PAS, maka kerjasama bersama Pakatan Harapan diperlukan. Untuk itu, PAS dikatakan bersedia ‘membuka pintu hati’ untuk kembali bersama PH demi kemenangan sekaligus merampas Pahang dari Barisan Nasional.

Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, selama ini memberi kepercayaan kepada pimpinan PAS Pahang untuk bersama kerajaan negeri dalam hal ehwal pembangunan negeri. 

Malah, DUN Pahang telah meluluskan usul untuk melantik  ADUN LANTIKAN sekiranya berjaya mengekalkan penguasaan BN di Pahang selepas PRU15.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker