Kanak-kanak maut dipercayai didera di premis pengasuh

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima maklumat kejadian kanak-kanak meninggal dunia pada jam 12.01 tengah hari.

Menurutnya, kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi.

“Pasukan polis yang tiba mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.



“Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan,” katanya suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker