Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]

“Cantiknya Diorang Semua”

Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]

Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]
Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia.

Nabila Razali memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian terbitan ASTRO. Namanya terus dikenali ramai apabila lagunya layak menyertai Anugerah Juara Lagu. Dahulu Nabila Razali bernaung dibawah syarikat rakaman Seventeen Eleven Music pada tahun 2016 sehingga 2020, manakala meneruskan kerjayanya bersama syarikat Nabila Razali Entertainment sehingga ke hari ini.

Beliau juga, baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani dengan sekali lafaz. Dikatakan perkenalan mereka berdua hasil ‘dikenalkan’ daripada rakan-rakan rapatnya.

“Netizen Teruja Lihat Pengiring Pengantin Perempuan Yang Cantik”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @evanatasyaa yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontona sebanyak 219 ribu, tanda suka sebanyak 13 ribu dan 1 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan beberapa orang artis wanita yang menjadi pengiring kepada Nabila Razali di hari perkahwinannya, antaranya ialah Amira Othman, Hawa Rizwana, Wani Hasrita, Sissy Iman dan lain-lain.

@evanatasyaa

beautipullll bridesmaid 🤍🥹 #bellagotniked #bridesmaids

♬ Karna bersama mu terasa indah – Levyleo

Rata-rata netizen memuji mereka yang kelihatan sama-sama cantik ketika di majlis tersebut. Mereka juga memuji Amira Othman yang kelihatan anggun dan berharap selepas ini menjadi gilirannya pula.

“Amira Othman cantik sangat”

“Semua cantik2, masing2 ade kecantikkan mereka tersendiri”

“Yang bertudung seri diorang lain macamm laa cantik dan tenang je, masyaallah”-kata mereka

Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan buat mereka yang belum bertemu jodoh, semoga mereka bertemu jodoh yang baik dan yang dapat membimbing bukan sahaja ilmu dunia malah ilmu akhirat.

Bridesmaid Nabila Razali Dipuji Ramai! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker