Rafizi tidak berani sentuh ‘salah laku’ terowong

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi tidak berani sentuh 'salah laku' terowong

Kenyataan yang perlu semua pihak terima, sehebat manapun Rafizi Ramli bermain politik, beliau tidak berani menyentuh isu ‘salah laku’ projek terowong.

Serangan beliau hanya tertumpu kepada pemimpin Umno hanya untuk membangkitkan rasa benci rakyat.

Jika diteliti gaya serangan yang dilakukan Timbalan Presiden PKR itu, beliau hanya akan menyerang ‘ala gerila’ bagi satu-satu isu.

Selepas berjaya menimbulkan perdebatan di media sosial, Rafizi akan ‘mencuci tangan’ apabila ada kalangan ahli politik pembangkang menyambut apa yang dimulakannya.

Lihat sahaja kes Sapura Energy yang ditimbulkan Rafizi. Beliau berjaya mengheret Anwar untuk berdebat dengan Najib di atas pentas dan Rafizi sendiri tidak berani hadir ke sesi debat tersebut.

Ini cara Rafizi untuk mengelirukan rakyat dengan sesuatu isu. 

Rafizi tidak berani sentuh 'salah laku' terowong
Foto Hiasan

Kini, isu Littoral Combat Ship (LCS) pula di bawa Rafizi Ramli. Mendakwa tiada sebuah pun kapal yang disiapkan, Rafizi sekali lagi mengelirukan rakyat.

Apabila isu tersebut disambut sebilangan pembangkang, kini Rafizi mengalih pula isu LCS ke arah lain selepas segala isu berkaitan LCS dijawap oleh Najib menerusi hantaran facebook.

Agak musykil bagaimana Rafizi memperolehi semua dokumen berkaitan LCS.

Beliau perlu juga menjawap dari mana sumber informasi yang beliau dapati kerana jawapan yang diberikan kontra dengan apa yang didedahkan Rafizi.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker