Sayap bongsu BN bakal mengganas

Oleh Azrin Muhammad

Kelahiran Puteri Barisan Nasional (BN) semalam telah menunjukkan parti itu sedang giat membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menyasarkan penglibatan golongan wanita muda sebagai salah satu strategi.

Parti komponen termuda itu bakal dikelola Datuk Zahida Zarik Khan selepas menerima mandat daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat dewan tertinggi parti itu, lewat malam semalam.

Perkhabaran Zahida bakal menerajui pergerakan itu sudah mula didengar khususnya ketika Zahida mengetuai Beliawanis MCA, Puteri MIC dan Puteri Kongres India Muslim (KIMMA) menyerahkan resolusi bersama di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena Konvensyen Puteri BN, hujung bulan lalu.

Penubuhan sayap baharu ini juga menunjukkan BN mengiktiraf golongan wanita muda serta membuka ruang lebih luas kepada muka baharu agar sama-sama terlibat dalam arena politik Malaysia sepertimana yang telah dibuktikan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Tiga per empat majoriti daripada 87 peratus calon muka baharu telah berjaya dimenangi BN dalam PRN Melaka. Hal ini dilihat telah menjadi titik tolak kepada penubuhan Puteri BN sebagai salah satu pengukuhan penting kesiapsiagaan.

Menurut satu hantaran Facebook milik Zahida hari ini, dia juga telah bersedia menerima arahan untuk menyelaras pergerakan wanita muda di kesemua parti-parti komponen dengan azam memperjuangkan sokongan anak muda terhadap BN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker