Polis kesan waris budak disyaki didera

Polis kesan waris budak disyaki didera

Polis kesan waris budak disyaki didera

KAJANG: Polis masih mengesan waris kanak-kanak lelaki yang ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

“Kita masih mengesan waris mangsa bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun itu ditemui seorang lelaki yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak polis melalui talian MERS999 kira-kira jam 11.30 malam.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak empat tahun mati dipercayai didera

Polis kesan waris budak disyaki didera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Sampai RM300 seorang dibayar ” – Jamal Yunos

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker