Tak sempat kerja di pasar borong



Kuala Lumpur: Lapan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar yang baru saja tiba di ibu negara pagi tadi, berjaya ditahan dalam Operasi Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai tekong yang membawa masuk semua Pati berusia lingkungan 40-an berkenaan.

“Semua Pati berkenaan dipercayai tiba di ibu kota sekitar jam 5 pagi tadi dari utara Semenanjung selepas dibawa lelaki tempatan berkenaan.

“Dalam operasi ini, kami memeriksa 400 warga asing di sekitar pasar borong ini dengan 18 daripada mereka didapati positif dadah hasil pemeriksaan setakat jam 10 pagi tadi,” katanya di lokasi serbuan, hari ini.



Yahaya berkata, operasi itu dijalankan untuk membanteras kegiatan gengsterisme, kongsi gelap dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga asing selain mengekang kemasukan Pati di sekitar kawasan pasar borong berkenaan.

“Dari segi aktiviti gangsterisme di sini, kami mendapati tiada mana-mana pihak yang memonopoli kawasan ini.

“Cuma mereka lebih kepada bersaing mendapatkan kerja dan berlumba-lumba menguasai pasaran perniagaan di kawasan ini,” katanya.

Katanya, polis akan terus membuat pemantauan dan operasi penguatkuasaan di lokasi yang menjadi tumpuan Pati secara berkala untuk memastikan keselamatan semua pihak di pasar borong terbabit.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker