Polis kesan lelaki gunting Jalur Gemilang



Kuala Lumpur: Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

 

 

 

“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya ringkas malam tadi.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.



Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker