Hadiahkan suami kereta G wagon bernilai RM1.4 juta

Kuala Lumpur: Sambutan Tahun Baharu 2023 lebih bermakna buat Muhammad Hafiz Abdul Hamid apabila isteri tercinta yang juga ahli perniagaan, Nur Liyana Abdul Rahman menghadiahkan kereta mewah Mercedes G63 yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta.

Pemilik jenama Leeyarahman itu berkata, ia adalah kereta idaman suaminya selain menjadi pembakar semangat untuk lebih bekerja keras.

“Hadiah kereta ini sempena tahun baharu. Orang kata, kereta baharu dan semangat pun lebih lagi dalam bekerja. Lagi pula itu memang kereta idaman suami.

“Setiap orang mesti ada kereta impian atau idaman seperti suami memang kereta itu lah. Alang-alang dia sudah gunakan kereta Porsche Macan selama empat tahun dan sering membuat kejutan untuk diri ini, kini giliran saya pula buat kej’utan. Bukan setiap bulan pun,” katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, sepanjang lapan tahun berkahwin dia bukan seorang yang sering memberikan kejutan atau hadiah kepada suami.

“Sejujurnya, suami selalu buat kejutan buat saya. Kalau saya, selama lapan tahun kahwin ini boleh kira dengan jari berapa kali saja beli hadiah untuk dia.

“Setiap pasangan masing-masing punya cara tersendiri kerana rezeki tak sama. Beri hadiah kepada pasangan bagi saya sangat tiada masalah. Kita kena buat apa yang termampu untuk bahagiakan pasangan.

“Sebenarnya bukan wang ringgit atau harta benda semata-mata yang boleh buat pasangan kita gembira, tapi dengan sekeping roti telur pun dah boleh buatkan orang bahagia. Itu pun terpulang cara bagaimana pasangan kita nak terima dan hargai apa yang kita buat,” katanya.



Hantaran video dimuat naik Nur Liyana atau mesra disapa Yaana Lee di TikTok sudah mencecah lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 85,000 tanda suka.

Video itu memaparkan kereta mewah warna putih itu dihantar di depan rumah mereka sebelum diserahkan kepada suaminya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker