‘Jangan pandang mudah United’ – Van Dijk

LONDON: Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk memberi amaran kepada pasukannya bahawa Manchester United akan melihat pertembungan awal pagi Selasa ini antara kedua-dua pasukan sebagai peluang terbaik mendapatkan prestasi sebenar selepas permulaan hambar dalam musim Liga Perdana kali ini.

United tewas dua perlawanan awal mereka dalam kempen kali ini, berdepan Brighton dan Brentford – kali pertama dalam 30 tahun dan berada di dasar liga dengan Erik ten Hag masih gagal menemui sentuhan terbaiknya.

Namun Liverpool juga melalui permulaan perlahan dalam kempen apabila seri berdepan Fulham dan Crystal Palace, dan kerana itu Van Dijk memberitahu rakan sepasukan mereka tidak boleh memandang mudah United.

“Mereka (United) adalah pasukan yang bagus pada pandangan saya, mereka ada pemain yang baik di seluruh padang,” kata pertahanan Belanda itu.

“Jelas mereka tidak berada dalam situasi yang meyakinkan, tapi ia perlawanan yang sempurna untuk menukar keadaan mereka.”

Liverpool kini sudah ketinggalan empat mata di belakang juara musim lalu, Manchester City dan pastinya tidak mahu lagi mencicirkan mata dalam pemburuan gelaran walaupun masih di awal musim.

Van Dijk menegaskan, walaupun perlawanan itu besar dan sengit, pasukan fokus terhadap diri sendiri.

“Kami fokus kepada diri sendiri dan kami mahu pastikan kami bersedia dan akan bekerja keras minggu ini sekali lagi,” katanya.

“Sejak beberapa tahun lalu, ia terbukti sukar bagi kami menang di sana. Jelas tahun lalu ia keputusan yang hebat, kami tidak boleh menafikannya.

“Tahun ini kami bermula dengan sukar dan kami tidak mendapat permulaan terbaik yang kami mahukan, jadi ia akan menjadi sesuatu yang menarik.”

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker