Republikan dahului saingan Senat di Georgia

06/01/2021 12:24 PM

WASHINGTON, 6 Jan — Pemimpin Republikan David Perdue mendahului persaingan Senat Georgia yang bakal menentukan sama ada Republikan akan mengekalkan penguasaannya di dewan itu dengan lebih 60 peratus, menurut keputusan rasmi.

Menurut Agensi Berita Sputnik, keputusan menunjukkan Perdue mendahului calon Demokrat, Jon Ossoff yang memperoleh 50.48 berbanding 49.52 peratus undi.

Persaingan Senat khas Georgia menunjukkan penyandang Republikan Kelly Loeffler mendahului calon Parti Demokrat Raphael Warnock 50.11-49.89 peratus.

Sekiranya sekurang-kurangnya seorang calon Republikan menang dalam pemilihan semula, ia sudah mencukupi untuk Republikan mengekalkan majoriti di Senat yang akan membolehkan mereka menyekat banyak agenda Demokrat.

Jika kedua-dua calon Demokrat berjaya merampas dua kerusi itu, bakal naib presiden, Kamala Harris akan ditugaskan untuk menjadi penentu andai proses undian terikat seri di Dewan Senat.

–BERNAMA

Mahkamah Agung AS tolak permohonan Republikan sekat kemenangan Biden

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker