Empat tahun on-off tudung, bukan takut hilang tawaran – Julia Farhana

Empat tahun on-off tudung, bukan takut hilang tawaran – Julia Farhana

Empat tahun on-off tudung, bukan takut hilang tawaran – Julia Farhana

PETALING JAYA: Pelakon, Julia Farhana menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia takut untuk memakai tudung secara penuh kerana takut kehilangan tawaran berlakon.

Julia berkata, hidupnya tidak hanya bergantung kepada pendapatan menerusi dunia lakonan sehingga takut kehilangan tawaran berlakon sekiranya memakai tudung.

“Tidaklah sebab takut tak ada tawaran. Sekarang pun ramai pelakon wanita bertudung dan masih popular. Itu bukan isunya.



“Saya yang belum bersedia, secara rohaninya. Malah punca pendapatan saya bukan hanya dunia lakonan. Saya masih ada sumber rezeki lain,” katanya.

Kongsi Julia lagi, dia sebenarnya sudah empat tahun memakai tudung secara on-off kerana belum bersedia sepenuhnya terutama ketika menjalani penggambaran drama atau filem.

“Sebenarnya saya sudah empat tahun bertudung tetapi on-off. Bila masuk set, saya buka tudung. Tetapi di luar, saya pakai. Mungkin sebelum ini saya belum bersedia untuk pakai tudung secara penuh.


“Saya juga ketika itu tidak mahu orang menghukum seolah-olah saya tak tahu agama. Jadi saya ambil masa, biasakan diri dahulu. Tahun ini saya betul-betul bersedia. Doakan saya supaya terus istiqamah,” ujarnya.

Sementara itu, Julia juga bersedia jika cara pemakaian tudung yang belum sempurna mungkin mengundang kecaman segelintir netizen.

“Saya masih belajar, jadi jangan cepat sangat menghukum. Saya perlukan ilmu untuk ke fasa seterusnya. Itu memerlukan masa. Banyak yang saya tak tahu dan saya juga tak mahu tekan diri sendiri.



“Bagi saya, kalau kita ambil peduli sangat memang tak akan habis orang mengata. Tetapi tegurlah dengan baik, saya terima,” katanya.

 

Empat tahun on-off tudung, bukan takut hilang tawaran – Julia Farhana


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button