Tiada kaitan soal selidik pensyarah lucah – UTM

Oleh – Azrin Muhammad

Tiada kaitan soal selidik pensyarah lucah – UTM
Universiti Teknologi Malaysia tiada kaitan dengan kes seorang pensyarah universiti awam lain menjalankan kajian soal selidik berunsur lucah.



JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan tiada kaitan dengan kejadian seorang pensyarah yang didakwa meminta penuntutnya menjawab soal selidik berunsur lucah.

Canselornya, Prof. Datuk Dr. Fauzi Ismail berkata, mangsa telah membuat pengakuan bahawa kejadian itu berlaku di sebuah universiti awam (UA) lain.

“Kita telah merujuk isu ini kepada Penasihat Undang-Undang UTM dan mendapati ada kekhilafan yang jelas. Kita tidak kenal pensyarah terbabit dan kursus yang ditawarkan juga tidak terdapat di sini.

“Universiti dimaklumkan kes berkenaan sedang dalam siasatan polis, jadi kami serahkan kepada pihak terlibat serta berharap ia dapat diselesaikan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan kepada media tempatan, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Fauzi mengulas laporan sebuah portal media tempatan yang mengaitkan UTM dengan tindakan seorang pensyarah yang memberi soalan kaji selidik berunsur lucah kepada seorang pelajar.

Antara soalan yang diajukan pensyarah berkenaan termasuk sama ada responden terasa ghairah atau terangsang seks dengan kajian berkenaan.

Selain itu, pilihan jawapan yang dikemukakan juga agak pelik seperti sangat terangsang, terangsang dan sedikit terangsang.

Dalam pada itu, Fauzi memberitahu perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan tidak wajar membuat kaji selidik menggunakan soalan serta pilihan jawapan tidak bersesuaian.

“Saya baca soalan-soalan yang diberi terasa seperti mahu muntah kerana sebagai manusia normal, saya tertanya juga kenapa soalan seperti itu diajukan.

“Saya juga tidak tahu apa niat pensyarah berkenaan meletakkan logo UTM bagi soalan-soalan berkenaan. Setahu saya, kakitangan UTM sentiasa menjaga nama baik universiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tangkak telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker