Misteri bola ping pong Ali terbongkar

Misteri bola ping pong Ali terbongkar

 

Ali yang masih darjah satu telah mendapat A dalam semua mata pelajaran. Ayahnya dengan bangga ingin membelikan beg baru sebagai hadiah, tapi Ali hanya meminta bola ping pong sebagai hadiah.

Sampai darjah enam, Ali selalu mendapat A dalam semua mata pelajarannya. Oleh sebab bangga dengan Ali, ayah selalu ingin membelikan hadiah menarik seperti basikal, laptop, iphone dan macam2 lagi tetapi Ali selalu menolak hadiah itu dan hanya meminta bola ping pong.

“Untuk apa Ali minta bola ping pong?”, tanya ayah.

“Suatu waktu nanti Ali akan beritahu Ayah”, jawab Ali.

HANYA MINTA BOLA PING PONG

Misteri bola ping pong Ali terbongkar



Setelah lulus PMR dengan markah tertinggi di sekolahnya, ayah ingin membelikan motor baharu sebagai hadiah, tetapi Ali tetap meminta bola ping pong sahaja.

“Untuk apa Ali mengumpul bola pingpong?”, tanya ayah.

Suatu masa nanti akan Ali beritahu, ayah…”, jawab Ali.

Lulus SPM dengan Gred 1 di MRSM, si ayah menawarkan kereta baharu kepada Ali. Waktu ditanya, jawapan Ali masih sama iaitu “bola ping pong”.

Setelah tamat sarjana dengan gred tertinggi di Universiti Malaya dan diterima bekerja di Petronas, ayah ingin membelikan rumah banglo untuk Ali, namun Ali masih meminta bola ping pong sebagai hadiah.

Saat menikah pun Ali masih memilih bola ping pong sebagai hadiah.

Setelah bertahun-tahun, ayah Ali tiba-tiba sakit dan hampir mendekati ajalnya. Ayah menelefon Ali.

“Sudah waktunya Ali beritahu ayah, sebenarnya untuk apa semua bola pingpong yang Ali minta selama ini?”, tanya ayah terbatuk-batuk.

“Biar Ali yang ke hospital ayah, Ali akan beritahu semuanya”.

Dalam perjalanan menuju ke hospital untuk berjumpa ayahnya, Ali mengalami kemalangan jalan raya dan telah menyebabkan Ali meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Ini bermakna tidak ada seorang pun tahu apakah tujuan Ali meminta bola ping pong sejak kanak2 lagi termasuklah yang membaca cerita ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button